BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 25, 2010

WAH CANTIKNYA UMMI AIDA.....


Wah.. teruja sungguh saya melihat penampilan baru umi aida. Sejak menjadi duta Marie France Bodyline  ternyata syarikat itu berjaya membentuk badan umi kepada badan yang berjenama.  Berkali-kali saya lihat dua gambar diatas ..teramat la cantik. Walaupun mungkin disebabkan oleh teknik touchup foto yang menyebabkan gambar ini lebih menarik, marie france takkan berani melantik umi sekiranya beliau gagal langsing semasa program di jalan.

Ingat lagi masa 1st pergi datang Marie France kat Plaza Pelangi Johor Bahru. Sue pergi dengan adik sue, noorul hayati masa tu kami baru umur 20an.. Nak pergi situ pun curik-curik. Dah timbang sebagainya dorang nyatakan kos setiap sorang untuk kurus adalah RM7,000.. mak aih.. mampoih... really highmaintenance. Sejak titik permulaan itu saya tak pandang lagi Marie France.

Sampai la saya habis berkahwin, suami sponsor pergi butik pelangsingan dengan bayaran Beribu-ibu lemon juga. Memang saya berjaya kuruskan badan. Tapi bila saya fikir-fikirkan balik apa yang saya amalakan boleh dilakukan tanpa pergi ke butik pelangsingan badan. Contohnya 

- 3bulan pertama tidak boleh usik nasik langsung
- hanya makan daging putih (ikan/ayam) yang di reneh atau di bakar
- tak boleh makan nasi.. roti.. tepung
- perlu skiping 100 kali sehari.

Di butik saya jalani treatment G5 (pecah lemak), Slimming Machine, Sauna, Wraping dah tah apa2 tah lagi. Tapi bila fikirkan semula.. dengan duit beribu itu.. saya mampu membuka Spa/butik pelangsingan saya sendiri.


Walauapa pun.. ternyata bagi saya.. langsing itu memang cantik.. umi aida kini memang cantik.. boleh bersaing dengan rozita che wan....


bagi anda yang ingin mencuba... hemmm renung2 dan fikir2kan la..........

UMIE menandatangani poster sebagai duta Marie France Bodyline sambil disaksikan oleh Joanne.

0 comments: