BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 25, 2010

WAH CANTIKNYA UMMI AIDA.....


Wah.. teruja sungguh saya melihat penampilan baru umi aida. Sejak menjadi duta Marie France Bodyline  ternyata syarikat itu berjaya membentuk badan umi kepada badan yang berjenama.  Berkali-kali saya lihat dua gambar diatas ..teramat la cantik. Walaupun mungkin disebabkan oleh teknik touchup foto yang menyebabkan gambar ini lebih menarik, marie france takkan berani melantik umi sekiranya beliau gagal langsing semasa program di jalan.

Ingat lagi masa 1st pergi datang Marie France kat Plaza Pelangi Johor Bahru. Sue pergi dengan adik sue, noorul hayati masa tu kami baru umur 20an.. Nak pergi situ pun curik-curik. Dah timbang sebagainya dorang nyatakan kos setiap sorang untuk kurus adalah RM7,000.. mak aih.. mampoih... really highmaintenance. Sejak titik permulaan itu saya tak pandang lagi Marie France.

Sampai la saya habis berkahwin, suami sponsor pergi butik pelangsingan dengan bayaran Beribu-ibu lemon juga. Memang saya berjaya kuruskan badan. Tapi bila saya fikir-fikirkan balik apa yang saya amalakan boleh dilakukan tanpa pergi ke butik pelangsingan badan. Contohnya 

- 3bulan pertama tidak boleh usik nasik langsung
- hanya makan daging putih (ikan/ayam) yang di reneh atau di bakar
- tak boleh makan nasi.. roti.. tepung
- perlu skiping 100 kali sehari.

Di butik saya jalani treatment G5 (pecah lemak), Slimming Machine, Sauna, Wraping dah tah apa2 tah lagi. Tapi bila fikirkan semula.. dengan duit beribu itu.. saya mampu membuka Spa/butik pelangsingan saya sendiri.


Walauapa pun.. ternyata bagi saya.. langsing itu memang cantik.. umi aida kini memang cantik.. boleh bersaing dengan rozita che wan....


bagi anda yang ingin mencuba... hemmm renung2 dan fikir2kan la..........

UMIE menandatangani poster sebagai duta Marie France Bodyline sambil disaksikan oleh Joanne.

Thursday, May 13, 2010

hadiah hari jadi.... from abang with love~

Hari ni umur sue dah 33 tahun 1 hari.. Ramai yang akak konfius berapa la umur sue sebenar. Ada yang kata 28,29,30......... lebih/kurag ler tuh... Saya sudah 33 tahun 1 hari dah... Tapi rasa bersyukur dengan umur 33 tahun 1 hari ini saya sudah mempunyai anak-anak dan suami (abang) dan keluarga yang mewarnai kehidupan saya.

Birthday ni saya tak tau abang nak bagi apa. Tahun lepas Jam dan barang kemas (erti kata lain.. barang emas.. hehehehe). Untuk tahun ni tak tau la abang nak bagi apa.

Saya suka buat muka kesian dengan abang.Selama ni saya selalu sebut.. Cian bini abang pakai spek RM9.00 jek.. hehehehe.. setiap kali disarungkan ke mata.. itu ler saya katakan... Tak de apa niat pun.. Saja gurau2 nak menyakat..

Tp setiap kali menyakat dan gurau2.. pasti ada hasilnya... Tahun ni.. selama 33 tahun .. ini ler sunglasses yang paling mahal saya dapat.. di renung2kan harganya.. hemm beli emas lagi bagus.. tapi kalau di tenung2 kasih sayang seorang suami utk hadiahkan isterinya.. ku pejam2kan mata terima dan tahan2 hati untuk membebel..
Terima kasih abang...



SUE SAYANG ABANG... (time macam ni sayang la... ngeeeeeeeeeeeeeeee)

RAHSIA MATA CANTIK DAN KULIT BERSERI


Produk ni sue dah cuba sejak 2 tahun lepas. Nyata memang berkesan. 
Mata sikit pun tak rasa kering dan tak nampak lesu. Kulit pun lebih 
sihat dan bertenaga.. Cuma kena rajin amalkan je. Cukup mudah... satu 
botol untuk satu malam sahaja....

Raut wajah berseri dengan InnerShine Pati Prun
The sweet truth about prunes.







Buah prun kaya dengan sumber serat dan anti-oksidan yang sangat berguna. Namun demikian, ini sahaja tidak mencukupi untuk menyerlahkan seri kecantikan yang diimpikan oleh setiap wanita. Untuk itu, anda memerlukan InnerShine Pati Prun. Setiap botol InnerShine Pati Prun mengandungi rumusan bahan-bahan yang berkesan untuk kecantikan dan mengurangkan toksin dalam badan pada masa yang sama. Patinya 1.5 kali ganda lebih pekat berbanding jus prun biasa, dan mengandungi rasa manis semulajadi buah prun. Nikmatilah setiap hari, dan serlahkan kecantikan seri dalaman diri anda!

Faedah berganda
Menjadikan kulit berseri, dan
juga mengurangkan toksin

Bertindak lembut dan tidak menyebabkan ketidakselesaan


Raza lazat (SAYA SUKA PERISA BUAH KALER KUNING TUH)
Mengandungi rasa manis semulajadi buah prun.
– Tiada rasa pahit selepas diminum

Harga berpatutan untuk khasiat sepenuhnya
Mengandungi 42ml bagi setiap botol,
berbanding 30ml bagi jenama lain

Buah prun segar
Membekalkan serat dan anti-oksidan



Vitamin C

Mengekalkan keanjalan kulit



Prebiotik

Memastikan saluran usus 
bersih dan sihat



Pekat bersari

Ia merupakan pati, bukan jus

Wednesday, May 12, 2010

PETUA TAK MAHU TUA SEBELUM USIA - KHUSUS UNTUK PENGAMAL SUNTIKAN MUKA (botok, filler, kologen etc)

Nota penting untuk pengamal suntik muka - pelihara kologen muka anda. Moga penjagaan yang sempurna terhadap kologen anda mampu memelihara muka anda.

BAGAIMANA KULIT BOLEH MENGENDUR DAN BERKEDUT~
  1. Kekenduran kulit muka disebabkan oleh penyusutan kologen yang menyokong tisu kulit muka. 
  2. Di bawah lapisan kulit kita terdapat sejumlah besar kologen yang akan menyusut 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun!.
  3. Proses penyusutan ini di namakan proses permulaan untuk menjadi TUA!
Tetapi anda harus ingat penyusutan kologen ini atau CEPAT TUA boleh berlaku lebih awal lagi dari sepatutnya. Ini bergantung kepada cara hidup kita. Antaranya ;-

1. Tidak melindungi kulit daripada cahaya matahari
2. faktor pencemaran seperti pencemaran air dan juga udara khususnya
3. Pendedahan kepada bahan2 kimia (hidrokuinon) 
4. Tekanan
5. Kurang tidur
6. Merokok
7.Cara pemakanan yang tidak sihat seperti mengambil makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi.

PENJAGAAN KOLOGEN
  1. Kini terdapat banyak produk di pasaran tentang kologen, sehinggakan kita tidak tahu mana satu nak amalkan. Kajian kecantikan membuktikan produk  yang mengandungi collagen hydrolysates  mampu meningkatkat ketahanan kologen di bawah tisu kulit. Secara umum dokter akan mencadangkan OIL OF OLAY kerana produk ini mudah didapati. 
  2. Mengamalkan pengambilan vitamin seperti VITAMIN C, VITAMIN A  
  3. krim yang mengandungi IDEBENONE (rujuk farmasi)

ADAKAH ANDA SUDAH TERLAMBAT?
Walauapa pun.. its by nurture or nature, mulai hari ini. cuba amalkan penjagaan kologen. 
Cuba mulakan dengan :-

1. Guna UV protection untuk kulit, berpayung atau bertopi

2. Berhenti merokok

3. Tidur yang cukup

4. Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi vitamin C,A 


5. krim yang mengandungi Idenenone.

SETIAP USAHA PASTI ADA HASILNYA...



sumber : Health & beauty

Tuesday, May 11, 2010

HOW TO USE- MESIN KESIHATAN (DOREMON STYLE) ini



1.Masukkan RM2.00macam nak bayar parking tu. Rasanya tiada menggunakan syiling hanya guna wang kertas

2. Berdiri tegak di Tapak yang disediakan (kalau boleh tanggalkan kasut anda) ketinggian yang melebihi daripada ketinggian sebenar, keputansan pengiraan tidak tepat untuk BMI berat badan . Mesin ini juga menggunakan skirn sesentuh dan arahan secara lisan/bertulis untuk memudahkan pengguna mengikuti arahan.

3. Untuk mengira kadar tekanan darah anda, Pastikan baju di lengan kiri anda disengsengkan (tah betul ke tak BM aku nih), Masukkan lengan anda sepenuhnya. Bahagian tersebut akan berfungsi seperti alat yang digunakan oleh dokter di klinik. Semasa proses pengiraanANDA DI LARANG BERCAKAP.

4. untuk pengiraan body fat, ada perlu menyatakan umur dan jantina di skrin sesentuh tersebut. berdiri di luar tapak yang disediakan.. dan genggam alat pengiraan body fat tersebut. Semasa proses pengiraan ini juga ANDA DI LARANG BERCAKAP.

lepas tu.. resit keputusan akan diprintkan untuk anda... mudahkan...

PERHATIAN
1. Memandang penyakit jenis berjangkit seperti H1N1 masih menular di negara kita, adalah lebih elok sekiranya anda membawa tissue wipe detol dan mengelap bahagian yang melibakan sentuhan.


2. Jangan sesekali suruh anak yang dibawah 12 tahun mencuba. mesin pengiraan tekanan darah boleh mengakibatkan kanak2 panik dan membawa kepada kecederaan .. (sebab anak sdarjah dua.. dah kena.. he3)

Adios.. gracias.. moga ia memberi manfaat untuk HIGH MAINTANANCE ANDA..

model mesin : nurul hidayah binti sabri

MESIN KESIHATAN (DOREMON STYLE)



Dengan hanya RM2.00 anda boleh mengetahui segalanya tentang kesihatan anda. Semuanya lengkap dinyatakan Berat badan anda sekarang, Body Fat Index, Mass Body Fat, Daily Energy requirement dan Blood Pressure. Yang menarik keputusan yang diberi turut menyatakan berapa ideal weight dan body fat kita yang sepatutnya. Dah macam mesin doramenkan...

Di Johor Bahru Mesin ini boleh di dapati di Danga City Mall dan Jusco Bukit Indah. Saya akan cuba survey di lokasi2 yang lain.

Untuk di negeri lain saya akan cuba dapatkan maklumat.



10 JUTA RAKYAT MALAYSIA GEMUK????

Gemuk ia berlaku kerana kita makan melebihi keperluan badan.
Keperluan bermakna berapakah jumlah kalori atau tenaga diperlukan dalam badan kita berdasarkan aktiviti harian kita.
Oleh itu kita perlu bijak mengenalpasti tahap keperluan badan dan sesuaikan dengan pengambilan makanan berdasarkan jumlah kalori tersebut :-

  1. CLAYPOT RICE ..................... 898 /perserving
  2. FRIED KUAY TEOW ............... 743 /1 plate
  3. MUTABAK MUTTON ................... 722 /bowl
  4. MAMAK MEE GORENG ............... 660 /plate
  5. FRIED RICE ................................637 /plate
  6. FRIED SOTONG .......................... 630 /1 small plate
  7. ECONOMY RICE .......................... 620 /1 rice+3dishes
  8. CHICKEN RICE ............................ 600 /1 plate
  9. CURRY LAKSA ............................. 589 /bowl
  10. BEEF BURGER ..............................570 /1 whole
  11. MEE REBUS .................................. 556 /1 plate
  12. CHICKEN SANDWICHES ............. 481 /1 whole
  13. Spaghetti Bolognaise ....................444 /1 plate
  14. PENANG LAKSA ........................... 436 /1 bowl
  15. LOR MAI FAN ............................... 422 /1 piece
  16. ROTI TELUR/DHAL .................... 414 /piece
  17. WANTON MEE DRY .................... 409 /plate
  18. NASI LEMAK ................................ 389 /1 pack
  19. NOODLE SOUP ............................ 381 /1 bowl
  20. LOR MEE ...................................... 383 /1 bowl
  21. ROTI CANAI .................................359 /1 piece
  22. TUNA SANDWICHES .................. 328 /1whole
  23. FRIED MEE/MEE HOON .............. 290 /1 plate
  24. Prawn mee ....................................293 / 1 bowl
  25. YAR CAR KUEH ........................... 292 /1 piece
  26. APAM BALIK................................ 282 /1 piece
  27. HOT DOG .................................... 280 / 1 whole
  28. FRENCH FRIES ........................... 227 / 1 cup small
  29. PLAIN WHITE RICE .................. 207 /1 bowl
  30. PIZZA WITH MEAT .................. 180/1 slice
  31. PLAIN BREAD ............................ 150 /2 slice
  32. FRIED SPRING ROLL ............... 91 /1 piece
MEMANG AGAK SUKAR UNTUK KITA MENGIRA BERAPAKAH JUMLAH KALORI ATAU TENAGA YANG KITA PERLUKAN SETIAP HARI. 
SELAIN DARIPADA PENDAPAT PERKHIDMATAN NASIHAT DOKTER, ADA SEJENIS MESIN KIRA-KIRA YANG BOLEH MEMBERI MAKLUMAT DETAIL BERAPA SEPATUTNYA KEPERLUAN KALORI DIDALAM BADAN KITA... 
SEKIRANYA NAFSU TIDAK DAPAT DI KEKANG, DAN TERPAKSA MENGAMBIL MAKANAN YANG MEMPUNYAI KADAR KALORI YANG TINGGI SEPERTI NASI BERIYANI... TERDAPAT SATU SATU PRODUK KHAS YANG BOLEH MEMBANTU KITA MENYEKANG SERAPAN YANG BERLEBIHAN KARBOHIDRAT KEDALAM BADAN.


INGIN TAHU BAGAIMANA RUPAKAH MESIN TERSEBUT
DAN APAKAH PRODUK TERSEBUT..
TUNGGU ARTIKEL SAYA AKAN DATANG..........