BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Rawatan lazer

Selepas rawatan lazer : Hari ni jew muka dah ok dah... 

cewah.. mesti tak sabar-sabar nak tau pengalaman saya dalam sesi percubaan rawatan lazerkan. Saya jalani sesi percubaan tersebut di klinik suzana, Bukit Indah, Johor Bahru. Dr Suzanna ada menyediakan pelbagai rawatan kecantikan yang lebih bertauliah berbandingkan dengan Spa-spa kecantikan, Antaranya rawatan parut, menegangkan kulit,  vitamin c collogen. Tapi bab2 bedah atau plastic sugery saya rasa tak de kut.. (segan nak tanye..kung dokter ingat saya nak wat plastik sugery laks... hahaha)

Kita story pasal rawatan lazer la dulu ea. Kat klinik Dr Suzana ada 2 jenis rawatan lazer. Jenis pertama untuk tegangkan kulit atau erti kata lain hilangkan kedut


Mesin rawatan lazer : sumber klinik Suzanna


Kalau dah mesin tu kata rawatan lazer untuk muka je.. taruh kat muka je la erks.. toksah memacam tetiba nak suh tegangkan part-part lain... nak tau boleh ke tegangkan part lain.. refer la kat dokter ea.. Antara rawatan lazer di muka yang boleh membantu adalah KENDUR DI PIPI, GARIS SENYUMAN, KEDUTAN DI LINGKARAN MATA.

Sumber: kosmo
(dalam gambar tu bukan rasa tau..)
Kos rawatan : RM300 kebawah, tgk kedutan anda.
Tapi Harus Ingat ea.. tak de maknye sekali rawatan dah tegang muda wajah tu.
Sekurang-kurangnya berkali-kali rawatan (ribu-riban gak ler)

Memandang dokter kata kulit saya masih tegang-megang.. dokter offer saya jalani rawatan jenis yang kedua, iaini melicinkan kulit muka..

sumber : Klinik dokter suzanna
Sorry ar masa sesi rawatan tak de gambar, sebab pancaran lazer tu bercahaya satu bilik.. macam UFO mendarat ke bumi... dokter n nurse pun pakai googel tau.

Rawatan lazer yang ni banyak fungsinya : boleh buang bulu muka (bulu ketiak mungkin boleh gak kut) parut jerawat/chicken pok (tah betul ke tak saya eja), buang freckles, pigmentation, buang misai dan seangkatan dengannya.

Pengalaman saya di lazer,,, MACAM KENE RENJATAN ELEKTRIK.. hahaha.. TERKUJAT-KUJAT..(cuba bayangkan sponge bob n patrick kena renjatan elektrik macam tu ler kut keadaan saya) lepas tu ada bau hangit-hangit. Dalam hati saya.. Habis ar hangit muka kus~

ni lepas menjalani rawatan. Kulit jadi putih melepak (nasib baik tak hitam)
3 dot hitam kat muka saya tu bkn freckles tau.. tahi  lalat pemanis tu~
Kos rawatan : RM300 (untuk satu muka) kalau sikit je RM300 kebawah.. Memandangkan kulit muka saya tak de masalah sangat. Saya hanya dicharge RM100 jew..saya suka.. ingat tetiap bulan nak pergi buat la. suami saya mesti suka~

Kesan : s Jadi tempat yg ada Freckles tu di lazer lebih sikit....ditembak sebanyak 3 kali (bermakna terkujat-kujat dan terkujat..ihihi) .. kesanya ada merah sikit ar... tapi lepas tu dah hilang.. tgk la keadaan kulit orang tu ada yang2/3 hari.. seminggu baru hilang... makan vitamin c lebih sikit la kut..

Pesanan : Lepas buat rawatan melicinkan muka ni.. jangan pakai foudantion... tepek sunblock tebal-tebal. Merah dah reda baru makeup tebal2...

APA LAGI JOM SET APPOINMENT DENGAN DR SUZZANA
. Klinik Suzana. 38, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah,. 81200 Johor Bahru, Johor
Tel 07 2358520.

Sunday, December 5, 2010

ST Flawless Whitening Skin Set-Testimonial

Saya hanya memakai whitening foundation ST je ni. Bedak tak pakai.
Blusher macam terlebih laks.. hihihi.. tapi ini lah hasilnya selepas 14 hari

Saya dah beli  set percubaan flawless whitening skin set ni pada 16 November 2010 sehari sebelum Hari Raya Qurban yang lalu. Maknanya saya dah mencuba produk ni 2 minggu lebih dan ia bersesuaian dengan kulit saya. Sebelum ni saya  mengguna skin care dari jenama lain. Memandangkan produk yang saya guna hanya mencantikkan kulit dan mencerahkan kulit shj, tapi ia tidak mampu untuk menahan kulit saya dari jelmaan pigmentation. Jadi saya decide untuk tukar produk.

Saya sayang kulit saya...saya tidak mahu kulit muka mengalami kejutan dengan barangan yang baru, Setiap kali menukar produk saya akan amalkan langkah-langkah tersebut.:-

1.rehatkan muka dari penggunaan produk yang lana selama seminggu. Semasa merehatkan muka saya menggunakan pencuci muka Sebamate untuk membersihkan muka. 




2. Waktu siang saya akan menggunakan foundation yang mengandungi sunblock yang tinggi sebanyak 3 lapisan untuk mengelakkan, pencemaran udara dan  juga panahan matahari 

4. Malam saya akan pakai sejenis krim kulit yang  sentiasa saya standby kat rumah untuk ruam-ruam kulit, ruam lampin, gigitan nyamuk etc. Saya beli kat klinik Biosucinas bandar baru uda. Pakai sikit jew.. Warna krim tu bukan kaler putih susu tau.. tapi kaler putih jernih......  (maaf gambar tak amik laks..) tapi kalau gi klinik sebut krim gatal kaler putih jernih.. dorang tau ler... 

5. Lepas tempoh pantang seminggu baru la guna produk baru~

RM32.00 jew
Kandungan barang 
1. Whitening Cleanser, 
2. Whitening TOner, 
3. Whitening Cream

Saya ni leh tahan penyabar orang nye.. hihihi, saya tidak mahu tepek set trial tersebut banyak-banyak. Saya cuba bajetkan agar pengguna memang dalam tempoh percubaan iaini masa 14 hari...
aisehman.. ikutkan hati tak mo letak pict makcik pi pasar ni..
tapi kalau testimonil tanpa gambar sebelum, lebih baik tak yah cerita banyakkan.
Layan je ar... cun aper sekali sekala macam ni kan... suci dalam debu~

Saya amik gambo ni pada hari yang ke 18. Less makeup..
pakai whitening foundation ST tu jew.
Bedak compact pun tak pakai..
alas ngan bedak baby johnson's jew.
lepas tu pakai kajal eyeliner sendayu tinggi
ngan blusher.. sudah... ~
lagipun hasil testimonil tak aci kalau pakai makeup tebal-tebalkan~

Anda bila lagi~



Wednesday, November 24, 2010

cocoa collogen sendayu tinggi




Hari ni saya nak kongsi satu lagi barangan Sendayu Tinggi yang saya guna. Coca Collogen Shake yang merupakan serbuk minuman perasa koko khusus untuk menjana kologen di setiap tubuh badan kita. Jika anda semua masih belum tahu, saya di fahamkan (dari hasil bacaan kedokteraan pakar kulit) kologen adalah salah satu item yang berfungsi untuk menganjalkan kulit kita. Terdapat beberapa bahagian yang mengandungi banyak kologen :-
  1. Muka
  2. breast (wanita)
  3. punggung
Sebab itu, bila usia makin meningkat... 3 bahagian tersebut akan menjadi juara terlebih dahulu untuk menjadi kendur dan berkedut.

Cocoa collogen ini adalah makanan tambahan untuk membantu kologen terus terbina di bawah tisu2 kulit kita.

((Saya seorang yang sangat ringkas, tidak suka bermakeup tebal dan tidak suka  berejam di hadapan cermin, Dengan
Foundation flawness sendayu tinggi dan cocoa collogen banyak membantu saya untuk tetap menjadi seorang yang  sangat ringkas))

Saya mula dikenalkan dengan produk ini pada pertengahan 2008, masa tu suami saya dapat hadiah sempena merasmikan industri desa. Memandangkan saya seorang yang alergik Milo yang boleh mengakibatkan mengantuk, Cocoa collogen saya jadikan Minuman Panas setiap pagi. Masa tu saya tak tahu langsung produk tersebut adalah daripada sendayu tinggi, hingga saya sendiri kena beli dan mencari-cari produk tersebut di kios jualan produk kecantikan Idaman (Perling Mall) , di situlah penjual tersebut memaklumkan ia adalah produk Sendayu Tinggi.


Dalam bungkusan yang baru. Rasanya dulu macam lain. Harga RM26 ++








BERSAMA SENDAYU TINGGI - Di majalah rapi dan Mingguan Wanita

Mingguan Wanita 10-16 September


Booklet Sendayu Tinggi 3-9 September 2010

majalah rapi 3-9 September 2010




WHITENING SENDAYU TINGGI FOUNDATION -Edisi Flawless Skin


Memiliki kulit yang cerah memerlukan penjagaan yang tersangat rapi. Pengabaian mengakibat masalah kulit seperti JERAGAT akan mudah bertamu ke permukaan kulit. Untuk merawatinya bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi sebelum parah lebih kita Cegah. 

Rata-rata rakyat malaysia sinonim dengan masalah jeragat. Anda boleh cubaWhitening Foudation daripada Sendayu Tinggi kerana ia mengandungi SPF (UV Protection) yang sangat tinggi. Selain berfungsi sebagai UV protection ia mampu memudarkan jeragat dan membantu mencerahkan kulit.

Saya telah menggunakan produk ini sejak May 2010. Setakat ini kulit saya serasi dengan produk tersebut dan ini hasilnya......
Percaya atau tidak saya hanya menggunakan foundation tersebut tanpa di alas dengan apa2 bedak lagi.
Saya hanya cuma layangkan blusher sedikit di pipi saya.. mudahkan.

Cara penggunaan
 1. Semasa mahu ke pejabat - saya akan lapiskan 3 lapis foundation tersebut. Sebab kuar kerja dan ada cahaya matahari

2. Selepas solat zohor - saya hanya kenakan selapis sahaja..sebab balik kerja matahari dah tak de

3. Di rumah - saya tetap pakai. sebab saya masak.. bahang masak boleh mengudang jeragat sebenarnya. Jadi sebagai pelindungan saya lapiskan foundation tersebut. lagipun wajibkan berdandan untuk suami di rumah.

HARGA CUMA RM32.00

selamat mencuba~

p/s ; sekiranya ada yang tidak sesuai dengan pemakaian.. cuba dapatkan khidmat dokter~






Tuesday, May 25, 2010

WAH CANTIKNYA UMMI AIDA.....


Wah.. teruja sungguh saya melihat penampilan baru umi aida. Sejak menjadi duta Marie France Bodyline  ternyata syarikat itu berjaya membentuk badan umi kepada badan yang berjenama.  Berkali-kali saya lihat dua gambar diatas ..teramat la cantik. Walaupun mungkin disebabkan oleh teknik touchup foto yang menyebabkan gambar ini lebih menarik, marie france takkan berani melantik umi sekiranya beliau gagal langsing semasa program di jalan.

Ingat lagi masa 1st pergi datang Marie France kat Plaza Pelangi Johor Bahru. Sue pergi dengan adik sue, noorul hayati masa tu kami baru umur 20an.. Nak pergi situ pun curik-curik. Dah timbang sebagainya dorang nyatakan kos setiap sorang untuk kurus adalah RM7,000.. mak aih.. mampoih... really highmaintenance. Sejak titik permulaan itu saya tak pandang lagi Marie France.

Sampai la saya habis berkahwin, suami sponsor pergi butik pelangsingan dengan bayaran Beribu-ibu lemon juga. Memang saya berjaya kuruskan badan. Tapi bila saya fikir-fikirkan balik apa yang saya amalakan boleh dilakukan tanpa pergi ke butik pelangsingan badan. Contohnya 

- 3bulan pertama tidak boleh usik nasik langsung
- hanya makan daging putih (ikan/ayam) yang di reneh atau di bakar
- tak boleh makan nasi.. roti.. tepung
- perlu skiping 100 kali sehari.

Di butik saya jalani treatment G5 (pecah lemak), Slimming Machine, Sauna, Wraping dah tah apa2 tah lagi. Tapi bila fikirkan semula.. dengan duit beribu itu.. saya mampu membuka Spa/butik pelangsingan saya sendiri.


Walauapa pun.. ternyata bagi saya.. langsing itu memang cantik.. umi aida kini memang cantik.. boleh bersaing dengan rozita che wan....


bagi anda yang ingin mencuba... hemmm renung2 dan fikir2kan la..........

UMIE menandatangani poster sebagai duta Marie France Bodyline sambil disaksikan oleh Joanne.

Thursday, May 13, 2010

hadiah hari jadi.... from abang with love~

Hari ni umur sue dah 33 tahun 1 hari.. Ramai yang akak konfius berapa la umur sue sebenar. Ada yang kata 28,29,30......... lebih/kurag ler tuh... Saya sudah 33 tahun 1 hari dah... Tapi rasa bersyukur dengan umur 33 tahun 1 hari ini saya sudah mempunyai anak-anak dan suami (abang) dan keluarga yang mewarnai kehidupan saya.

Birthday ni saya tak tau abang nak bagi apa. Tahun lepas Jam dan barang kemas (erti kata lain.. barang emas.. hehehehe). Untuk tahun ni tak tau la abang nak bagi apa.

Saya suka buat muka kesian dengan abang.Selama ni saya selalu sebut.. Cian bini abang pakai spek RM9.00 jek.. hehehehe.. setiap kali disarungkan ke mata.. itu ler saya katakan... Tak de apa niat pun.. Saja gurau2 nak menyakat..

Tp setiap kali menyakat dan gurau2.. pasti ada hasilnya... Tahun ni.. selama 33 tahun .. ini ler sunglasses yang paling mahal saya dapat.. di renung2kan harganya.. hemm beli emas lagi bagus.. tapi kalau di tenung2 kasih sayang seorang suami utk hadiahkan isterinya.. ku pejam2kan mata terima dan tahan2 hati untuk membebel..
Terima kasih abang...



SUE SAYANG ABANG... (time macam ni sayang la... ngeeeeeeeeeeeeeeee)