BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label sendayu tinggi. Show all posts
Showing posts with label sendayu tinggi. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

ST Flawless Whitening Skin Set-Testimonial

Saya hanya memakai whitening foundation ST je ni. Bedak tak pakai.
Blusher macam terlebih laks.. hihihi.. tapi ini lah hasilnya selepas 14 hari

Saya dah beli  set percubaan flawless whitening skin set ni pada 16 November 2010 sehari sebelum Hari Raya Qurban yang lalu. Maknanya saya dah mencuba produk ni 2 minggu lebih dan ia bersesuaian dengan kulit saya. Sebelum ni saya  mengguna skin care dari jenama lain. Memandangkan produk yang saya guna hanya mencantikkan kulit dan mencerahkan kulit shj, tapi ia tidak mampu untuk menahan kulit saya dari jelmaan pigmentation. Jadi saya decide untuk tukar produk.

Saya sayang kulit saya...saya tidak mahu kulit muka mengalami kejutan dengan barangan yang baru, Setiap kali menukar produk saya akan amalkan langkah-langkah tersebut.:-

1.rehatkan muka dari penggunaan produk yang lana selama seminggu. Semasa merehatkan muka saya menggunakan pencuci muka Sebamate untuk membersihkan muka. 




2. Waktu siang saya akan menggunakan foundation yang mengandungi sunblock yang tinggi sebanyak 3 lapisan untuk mengelakkan, pencemaran udara dan  juga panahan matahari 

4. Malam saya akan pakai sejenis krim kulit yang  sentiasa saya standby kat rumah untuk ruam-ruam kulit, ruam lampin, gigitan nyamuk etc. Saya beli kat klinik Biosucinas bandar baru uda. Pakai sikit jew.. Warna krim tu bukan kaler putih susu tau.. tapi kaler putih jernih......  (maaf gambar tak amik laks..) tapi kalau gi klinik sebut krim gatal kaler putih jernih.. dorang tau ler... 

5. Lepas tempoh pantang seminggu baru la guna produk baru~

RM32.00 jew
Kandungan barang 
1. Whitening Cleanser, 
2. Whitening TOner, 
3. Whitening Cream

Saya ni leh tahan penyabar orang nye.. hihihi, saya tidak mahu tepek set trial tersebut banyak-banyak. Saya cuba bajetkan agar pengguna memang dalam tempoh percubaan iaini masa 14 hari...
aisehman.. ikutkan hati tak mo letak pict makcik pi pasar ni..
tapi kalau testimonil tanpa gambar sebelum, lebih baik tak yah cerita banyakkan.
Layan je ar... cun aper sekali sekala macam ni kan... suci dalam debu~

Saya amik gambo ni pada hari yang ke 18. Less makeup..
pakai whitening foundation ST tu jew.
Bedak compact pun tak pakai..
alas ngan bedak baby johnson's jew.
lepas tu pakai kajal eyeliner sendayu tinggi
ngan blusher.. sudah... ~
lagipun hasil testimonil tak aci kalau pakai makeup tebal-tebalkan~

Anda bila lagi~



Wednesday, November 24, 2010

cocoa collogen sendayu tinggi




Hari ni saya nak kongsi satu lagi barangan Sendayu Tinggi yang saya guna. Coca Collogen Shake yang merupakan serbuk minuman perasa koko khusus untuk menjana kologen di setiap tubuh badan kita. Jika anda semua masih belum tahu, saya di fahamkan (dari hasil bacaan kedokteraan pakar kulit) kologen adalah salah satu item yang berfungsi untuk menganjalkan kulit kita. Terdapat beberapa bahagian yang mengandungi banyak kologen :-
  1. Muka
  2. breast (wanita)
  3. punggung
Sebab itu, bila usia makin meningkat... 3 bahagian tersebut akan menjadi juara terlebih dahulu untuk menjadi kendur dan berkedut.

Cocoa collogen ini adalah makanan tambahan untuk membantu kologen terus terbina di bawah tisu2 kulit kita.

((Saya seorang yang sangat ringkas, tidak suka bermakeup tebal dan tidak suka  berejam di hadapan cermin, Dengan
Foundation flawness sendayu tinggi dan cocoa collogen banyak membantu saya untuk tetap menjadi seorang yang  sangat ringkas))

Saya mula dikenalkan dengan produk ini pada pertengahan 2008, masa tu suami saya dapat hadiah sempena merasmikan industri desa. Memandangkan saya seorang yang alergik Milo yang boleh mengakibatkan mengantuk, Cocoa collogen saya jadikan Minuman Panas setiap pagi. Masa tu saya tak tahu langsung produk tersebut adalah daripada sendayu tinggi, hingga saya sendiri kena beli dan mencari-cari produk tersebut di kios jualan produk kecantikan Idaman (Perling Mall) , di situlah penjual tersebut memaklumkan ia adalah produk Sendayu Tinggi.


Dalam bungkusan yang baru. Rasanya dulu macam lain. Harga RM26 ++








BERSAMA SENDAYU TINGGI - Di majalah rapi dan Mingguan Wanita

Mingguan Wanita 10-16 September


Booklet Sendayu Tinggi 3-9 September 2010

majalah rapi 3-9 September 2010




WHITENING SENDAYU TINGGI FOUNDATION -Edisi Flawless Skin


Memiliki kulit yang cerah memerlukan penjagaan yang tersangat rapi. Pengabaian mengakibat masalah kulit seperti JERAGAT akan mudah bertamu ke permukaan kulit. Untuk merawatinya bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi sebelum parah lebih kita Cegah. 

Rata-rata rakyat malaysia sinonim dengan masalah jeragat. Anda boleh cubaWhitening Foudation daripada Sendayu Tinggi kerana ia mengandungi SPF (UV Protection) yang sangat tinggi. Selain berfungsi sebagai UV protection ia mampu memudarkan jeragat dan membantu mencerahkan kulit.

Saya telah menggunakan produk ini sejak May 2010. Setakat ini kulit saya serasi dengan produk tersebut dan ini hasilnya......
Percaya atau tidak saya hanya menggunakan foundation tersebut tanpa di alas dengan apa2 bedak lagi.
Saya hanya cuma layangkan blusher sedikit di pipi saya.. mudahkan.

Cara penggunaan
 1. Semasa mahu ke pejabat - saya akan lapiskan 3 lapis foundation tersebut. Sebab kuar kerja dan ada cahaya matahari

2. Selepas solat zohor - saya hanya kenakan selapis sahaja..sebab balik kerja matahari dah tak de

3. Di rumah - saya tetap pakai. sebab saya masak.. bahang masak boleh mengudang jeragat sebenarnya. Jadi sebagai pelindungan saya lapiskan foundation tersebut. lagipun wajibkan berdandan untuk suami di rumah.

HARGA CUMA RM32.00

selamat mencuba~

p/s ; sekiranya ada yang tidak sesuai dengan pemakaian.. cuba dapatkan khidmat dokter~