Selepas rawatan lazer : Hari ni jew muka dah ok dah... |
cewah.. mesti tak sabar-sabar nak tau pengalaman saya dalam sesi percubaan rawatan lazerkan. Saya jalani sesi percubaan tersebut di klinik suzana, Bukit Indah, Johor Bahru. Dr Suzanna ada menyediakan pelbagai rawatan kecantikan yang lebih bertauliah berbandingkan dengan Spa-spa kecantikan, Antaranya rawatan parut, menegangkan kulit, vitamin c collogen. Tapi bab2 bedah atau plastic sugery saya rasa tak de kut.. (segan nak tanye..kung dokter ingat saya nak wat plastik sugery laks... hahaha)
Kita story pasal rawatan lazer la dulu ea. Kat klinik Dr Suzana ada 2 jenis rawatan lazer. Jenis pertama untuk tegangkan kulit atau erti kata lain hilangkan kedut
Mesin rawatan lazer : sumber klinik Suzanna |
Memandang dokter kata kulit saya masih tegang-megang.. dokter offer saya jalani rawatan jenis yang kedua, iaini melicinkan kulit muka..
sumber : Klinik dokter suzanna |
Rawatan lazer yang ni banyak fungsinya : boleh buang bulu muka (bulu ketiak mungkin boleh gak kut) parut jerawat/chicken pok (tah betul ke tak saya eja), buang freckles, pigmentation, buang misai dan seangkatan dengannya.
Pengalaman saya di lazer,,, MACAM KENE RENJATAN ELEKTRIK.. hahaha.. TERKUJAT-KUJAT..(cuba bayangkan sponge bob n patrick kena renjatan elektrik macam tu ler kut keadaan saya) lepas tu ada bau hangit-hangit. Dalam hati saya.. Habis ar hangit muka kus~
ni lepas menjalani rawatan. Kulit jadi putih melepak (nasib baik tak hitam) 3 dot hitam kat muka saya tu bkn freckles tau.. tahi lalat pemanis tu~ |
Kesan : s Jadi tempat yg ada Freckles tu di lazer lebih sikit....ditembak sebanyak 3 kali (bermakna terkujat-kujat dan terkujat..ihihi) .. kesanya ada merah sikit ar... tapi lepas tu dah hilang.. tgk la keadaan kulit orang tu ada yang2/3 hari.. seminggu baru hilang... makan vitamin c lebih sikit la kut..
Pesanan : Lepas buat rawatan melicinkan muka ni.. jangan pakai foudantion... tepek sunblock tebal-tebal. Merah dah reda baru makeup tebal2...