BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, November 24, 2010

cocoa collogen sendayu tinggi




Hari ni saya nak kongsi satu lagi barangan Sendayu Tinggi yang saya guna. Coca Collogen Shake yang merupakan serbuk minuman perasa koko khusus untuk menjana kologen di setiap tubuh badan kita. Jika anda semua masih belum tahu, saya di fahamkan (dari hasil bacaan kedokteraan pakar kulit) kologen adalah salah satu item yang berfungsi untuk menganjalkan kulit kita. Terdapat beberapa bahagian yang mengandungi banyak kologen :-
  1. Muka
  2. breast (wanita)
  3. punggung
Sebab itu, bila usia makin meningkat... 3 bahagian tersebut akan menjadi juara terlebih dahulu untuk menjadi kendur dan berkedut.

Cocoa collogen ini adalah makanan tambahan untuk membantu kologen terus terbina di bawah tisu2 kulit kita.

((Saya seorang yang sangat ringkas, tidak suka bermakeup tebal dan tidak suka  berejam di hadapan cermin, Dengan
Foundation flawness sendayu tinggi dan cocoa collogen banyak membantu saya untuk tetap menjadi seorang yang  sangat ringkas))

Saya mula dikenalkan dengan produk ini pada pertengahan 2008, masa tu suami saya dapat hadiah sempena merasmikan industri desa. Memandangkan saya seorang yang alergik Milo yang boleh mengakibatkan mengantuk, Cocoa collogen saya jadikan Minuman Panas setiap pagi. Masa tu saya tak tahu langsung produk tersebut adalah daripada sendayu tinggi, hingga saya sendiri kena beli dan mencari-cari produk tersebut di kios jualan produk kecantikan Idaman (Perling Mall) , di situlah penjual tersebut memaklumkan ia adalah produk Sendayu Tinggi.


Dalam bungkusan yang baru. Rasanya dulu macam lain. Harga RM26 ++








BERSAMA SENDAYU TINGGI - Di majalah rapi dan Mingguan Wanita

Mingguan Wanita 10-16 September


Booklet Sendayu Tinggi 3-9 September 2010

majalah rapi 3-9 September 2010




WHITENING SENDAYU TINGGI FOUNDATION -Edisi Flawless Skin


Memiliki kulit yang cerah memerlukan penjagaan yang tersangat rapi. Pengabaian mengakibat masalah kulit seperti JERAGAT akan mudah bertamu ke permukaan kulit. Untuk merawatinya bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi sebelum parah lebih kita Cegah. 

Rata-rata rakyat malaysia sinonim dengan masalah jeragat. Anda boleh cubaWhitening Foudation daripada Sendayu Tinggi kerana ia mengandungi SPF (UV Protection) yang sangat tinggi. Selain berfungsi sebagai UV protection ia mampu memudarkan jeragat dan membantu mencerahkan kulit.

Saya telah menggunakan produk ini sejak May 2010. Setakat ini kulit saya serasi dengan produk tersebut dan ini hasilnya......
Percaya atau tidak saya hanya menggunakan foundation tersebut tanpa di alas dengan apa2 bedak lagi.
Saya hanya cuma layangkan blusher sedikit di pipi saya.. mudahkan.

Cara penggunaan
 1. Semasa mahu ke pejabat - saya akan lapiskan 3 lapis foundation tersebut. Sebab kuar kerja dan ada cahaya matahari

2. Selepas solat zohor - saya hanya kenakan selapis sahaja..sebab balik kerja matahari dah tak de

3. Di rumah - saya tetap pakai. sebab saya masak.. bahang masak boleh mengudang jeragat sebenarnya. Jadi sebagai pelindungan saya lapiskan foundation tersebut. lagipun wajibkan berdandan untuk suami di rumah.

HARGA CUMA RM32.00

selamat mencuba~

p/s ; sekiranya ada yang tidak sesuai dengan pemakaian.. cuba dapatkan khidmat dokter~






Tuesday, May 25, 2010

WAH CANTIKNYA UMMI AIDA.....


Wah.. teruja sungguh saya melihat penampilan baru umi aida. Sejak menjadi duta Marie France Bodyline  ternyata syarikat itu berjaya membentuk badan umi kepada badan yang berjenama.  Berkali-kali saya lihat dua gambar diatas ..teramat la cantik. Walaupun mungkin disebabkan oleh teknik touchup foto yang menyebabkan gambar ini lebih menarik, marie france takkan berani melantik umi sekiranya beliau gagal langsing semasa program di jalan.

Ingat lagi masa 1st pergi datang Marie France kat Plaza Pelangi Johor Bahru. Sue pergi dengan adik sue, noorul hayati masa tu kami baru umur 20an.. Nak pergi situ pun curik-curik. Dah timbang sebagainya dorang nyatakan kos setiap sorang untuk kurus adalah RM7,000.. mak aih.. mampoih... really highmaintenance. Sejak titik permulaan itu saya tak pandang lagi Marie France.

Sampai la saya habis berkahwin, suami sponsor pergi butik pelangsingan dengan bayaran Beribu-ibu lemon juga. Memang saya berjaya kuruskan badan. Tapi bila saya fikir-fikirkan balik apa yang saya amalakan boleh dilakukan tanpa pergi ke butik pelangsingan badan. Contohnya 

- 3bulan pertama tidak boleh usik nasik langsung
- hanya makan daging putih (ikan/ayam) yang di reneh atau di bakar
- tak boleh makan nasi.. roti.. tepung
- perlu skiping 100 kali sehari.

Di butik saya jalani treatment G5 (pecah lemak), Slimming Machine, Sauna, Wraping dah tah apa2 tah lagi. Tapi bila fikirkan semula.. dengan duit beribu itu.. saya mampu membuka Spa/butik pelangsingan saya sendiri.


Walauapa pun.. ternyata bagi saya.. langsing itu memang cantik.. umi aida kini memang cantik.. boleh bersaing dengan rozita che wan....


bagi anda yang ingin mencuba... hemmm renung2 dan fikir2kan la..........

UMIE menandatangani poster sebagai duta Marie France Bodyline sambil disaksikan oleh Joanne.

Thursday, May 13, 2010

hadiah hari jadi.... from abang with love~

Hari ni umur sue dah 33 tahun 1 hari.. Ramai yang akak konfius berapa la umur sue sebenar. Ada yang kata 28,29,30......... lebih/kurag ler tuh... Saya sudah 33 tahun 1 hari dah... Tapi rasa bersyukur dengan umur 33 tahun 1 hari ini saya sudah mempunyai anak-anak dan suami (abang) dan keluarga yang mewarnai kehidupan saya.

Birthday ni saya tak tau abang nak bagi apa. Tahun lepas Jam dan barang kemas (erti kata lain.. barang emas.. hehehehe). Untuk tahun ni tak tau la abang nak bagi apa.

Saya suka buat muka kesian dengan abang.Selama ni saya selalu sebut.. Cian bini abang pakai spek RM9.00 jek.. hehehehe.. setiap kali disarungkan ke mata.. itu ler saya katakan... Tak de apa niat pun.. Saja gurau2 nak menyakat..

Tp setiap kali menyakat dan gurau2.. pasti ada hasilnya... Tahun ni.. selama 33 tahun .. ini ler sunglasses yang paling mahal saya dapat.. di renung2kan harganya.. hemm beli emas lagi bagus.. tapi kalau di tenung2 kasih sayang seorang suami utk hadiahkan isterinya.. ku pejam2kan mata terima dan tahan2 hati untuk membebel..
Terima kasih abang...



SUE SAYANG ABANG... (time macam ni sayang la... ngeeeeeeeeeeeeeeee)

RAHSIA MATA CANTIK DAN KULIT BERSERI


Produk ni sue dah cuba sejak 2 tahun lepas. Nyata memang berkesan. 
Mata sikit pun tak rasa kering dan tak nampak lesu. Kulit pun lebih 
sihat dan bertenaga.. Cuma kena rajin amalkan je. Cukup mudah... satu 
botol untuk satu malam sahaja....

Raut wajah berseri dengan InnerShine Pati Prun
The sweet truth about prunes.







Buah prun kaya dengan sumber serat dan anti-oksidan yang sangat berguna. Namun demikian, ini sahaja tidak mencukupi untuk menyerlahkan seri kecantikan yang diimpikan oleh setiap wanita. Untuk itu, anda memerlukan InnerShine Pati Prun. Setiap botol InnerShine Pati Prun mengandungi rumusan bahan-bahan yang berkesan untuk kecantikan dan mengurangkan toksin dalam badan pada masa yang sama. Patinya 1.5 kali ganda lebih pekat berbanding jus prun biasa, dan mengandungi rasa manis semulajadi buah prun. Nikmatilah setiap hari, dan serlahkan kecantikan seri dalaman diri anda!

Faedah berganda
Menjadikan kulit berseri, dan
juga mengurangkan toksin

Bertindak lembut dan tidak menyebabkan ketidakselesaan


Raza lazat (SAYA SUKA PERISA BUAH KALER KUNING TUH)
Mengandungi rasa manis semulajadi buah prun.
– Tiada rasa pahit selepas diminum

Harga berpatutan untuk khasiat sepenuhnya
Mengandungi 42ml bagi setiap botol,
berbanding 30ml bagi jenama lain

Buah prun segar
Membekalkan serat dan anti-oksidan



Vitamin C

Mengekalkan keanjalan kulit



Prebiotik

Memastikan saluran usus 
bersih dan sihat



Pekat bersari

Ia merupakan pati, bukan jus

Wednesday, May 12, 2010

PETUA TAK MAHU TUA SEBELUM USIA - KHUSUS UNTUK PENGAMAL SUNTIKAN MUKA (botok, filler, kologen etc)

Nota penting untuk pengamal suntik muka - pelihara kologen muka anda. Moga penjagaan yang sempurna terhadap kologen anda mampu memelihara muka anda.

BAGAIMANA KULIT BOLEH MENGENDUR DAN BERKEDUT~
  1. Kekenduran kulit muka disebabkan oleh penyusutan kologen yang menyokong tisu kulit muka. 
  2. Di bawah lapisan kulit kita terdapat sejumlah besar kologen yang akan menyusut 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun!.
  3. Proses penyusutan ini di namakan proses permulaan untuk menjadi TUA!
Tetapi anda harus ingat penyusutan kologen ini atau CEPAT TUA boleh berlaku lebih awal lagi dari sepatutnya. Ini bergantung kepada cara hidup kita. Antaranya ;-

1. Tidak melindungi kulit daripada cahaya matahari
2. faktor pencemaran seperti pencemaran air dan juga udara khususnya
3. Pendedahan kepada bahan2 kimia (hidrokuinon) 
4. Tekanan
5. Kurang tidur
6. Merokok
7.Cara pemakanan yang tidak sihat seperti mengambil makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi.

PENJAGAAN KOLOGEN
  1. Kini terdapat banyak produk di pasaran tentang kologen, sehinggakan kita tidak tahu mana satu nak amalkan. Kajian kecantikan membuktikan produk  yang mengandungi collagen hydrolysates  mampu meningkatkat ketahanan kologen di bawah tisu kulit. Secara umum dokter akan mencadangkan OIL OF OLAY kerana produk ini mudah didapati. 
  2. Mengamalkan pengambilan vitamin seperti VITAMIN C, VITAMIN A  
  3. krim yang mengandungi IDEBENONE (rujuk farmasi)

ADAKAH ANDA SUDAH TERLAMBAT?
Walauapa pun.. its by nurture or nature, mulai hari ini. cuba amalkan penjagaan kologen. 
Cuba mulakan dengan :-

1. Guna UV protection untuk kulit, berpayung atau bertopi

2. Berhenti merokok

3. Tidur yang cukup

4. Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi vitamin C,A 


5. krim yang mengandungi Idenenone.

SETIAP USAHA PASTI ADA HASILNYA...



sumber : Health & beauty